Friday, April 30, 2010

MENUJU SASARAN 70 ORANG MURID 5A


Bagi mencapai matlamat ini semua pihak sama ada guru, murid, ibu bapa dan sokongan PIBG perlu saling lengkap melengkapi. Kejayaan akan dapat dicapai sekiranya kolaborasi antara semua pihak dapat dilaksanakan melalui pelan perancangan dan perlaksanaan yang sempurna.

PIBG akan membantu pihak sekolah melalui beberapa program peningkatan prestasi seperti:-

1. Program Menuai A
2. Bengkel Menjawab Soalan UPSR
3. Kelas-kelas Tambahan
4. Program Dari Masyarakat Kepada Masyarakat
5. Seminar Motivasi
6. Modul Soalan UPSR
7. Penyaringan Murid Mengikut Gred
8. Hari Keluarga Tahun 6

Pihak kami juga berusaha untuk membawa guru pakar bagi setiap mata pelajaran bagi membolehkan anak-anak kami mendapat maklumat terkini. Usaha bersepadu antara ibu bapa dan guru adalah asas dalam memangkinkan kejayaan pada masa hadapan. Sama-samalah berusaha, berdoa dan membantu kami ke arah usaha murni ini.

Dr. Hj. Shahrir Affandi b. Daud @ Mohamed
YDP PIBG SFC 2010-2011
016-8309445
Email : drshahrir@yahoo.com

MOTO PIBG SFC 2010-2011

Permuafakatan Dalam Pendidikan,
Sekolah Cemerlang Bermula dengan Kesepaduan Ibu Bapa dan Guru


Collaborations toward excellent education,
begins with the cooperation between parents and teachers


優秀的合作,
整合教育始於家長和教師


Pisompuvan Doid Pongiaan,
Kahantazan Kopongiaan Anu Mantad Pisokodungan Miampai Mohoing Om Mongingia


Kami bermatlamatkan membantu SK St. Francis Convent, Kota Kinabalu ke arah sekolah berprestasi tinggi. Antara yang kami gariskan untuk dicapai pada tahun ini adalah:-

1. Seramai 70 orang murid Tahun 6 akan mencapai 5A bagi UPSR 2010 dan 80 orang 5A bagi UPSR 2011.Perkara ini boleh dicapai melalui program Kumpulan Rintis (Tahun 6) dan Kumpulan Projek (Tahun 5). Sokongan daripada semua pihak dituntut bagi membolehkan impian ini menjadi satu kenyataan.

2. Pembinaan dewan sekolah dapat direalisasikan.Hal ini akan membantu ke arah menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang bermakna.

3. Mengembalikan ibu bapa ke sekolah melalui Program Kembali ke Sekolah. Program ini bermatlamatkan untuk mengaktifkan persatuan melalui sokongan ibu bapa serta masyarakat bagi kepentingan perkembangan pendidikan murid-murid dan pembangunan sekolah.

PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)



Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (PIBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.

PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.

Tujuan-tujuan PIBG adalah:

1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah

2. Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka

3. Untuk membolehkan PIBG dalam Sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai pendidikan

4. Untuk memberi peluang kepada IBG dalam Sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya

5. Untuk membolehkan PIBG dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi peranan PIBG adalah:

1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid

2. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah

3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat

4. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan